Apakah itu Hidroponik?

Sebelum menjelaskan lebih lanjut mengenai kaedah penanaman secara hidroponik, marilah kita memberikan definisi hidroponik itu sendiri, apakah hidroponik?

Apakah perbezaan antara hidroponik dan pertanian pada umumnya? Secara ringkasnya, hidroponik ditakrifkan sebagai cara penanaman tanpa menggunakan tanah. Pertanian secara hidroponik dilakukan samada menggunakan pasir, kerikil, arang, sabut kelapa dan sebagainya. Cara hidroponik berfungsi adalah benih pokok atau keratan tumbuhan direndamkan dalam media bukan tanah, kemudian air yang bercampur dengan nutrien (baja) penting dialirkan untuk tumbuh-tumbuhan. Asas penting penanaman hidroponik yang penting adalah penyediaan nutrisi baja dan media penanaman bagi menyokong pertumbuhan tanaman.

Persoalannya, tanpa tanah bolehkah tanaman hidup? Ya.. tanpa tanah tumbuhan masih boleh hidup dengan baik. Sistem Hidroponik muncul berdasarkan penemuan saintis bahawa tumbuhan tidak hidup kerana tanah, tetapi dari unsur-unsur yang terdapat di dalam tanah. Oleh itu, jika unsur-unsur yang diperlukan dilengkapi, tumbuh-tumbuhan boleh tumbuh di mana-mana sahaja. Jika kita melihat tumbuh-tumbuhan yang biasanya hidup di dalam tanah, fungsi tanah untuk tumbuhan sebenarnya hanya sebagai sokongan, bukan sebagai asas tumbuhan untuk hidup dan berkembang. Dalam konteks ini, tanah boleh diganti dengan apa-apa, selagi ia tidak mengandungi bahan yang menjejaskan tumbuhan itu.

—————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Leave a Comment

×

Like us on Facebook