Tanaman Hidroponik dan Kesihatan

Dari hari ke hari kesedaran orang ramai terhadap gaya hidup yang sihat telah semakin meningkat. Sistem Hidroponik adalah kaedah pertanian yang sihat kerana ia mengurangkan penggunaan racun perosak. Malah jika anda menanamnya di dalam rumah, sudah tentu tidak menggunakan langsung racun perosak. Hasil sayur yang ditanam secara hidroponik dapat menjamin kualiti sayur yang lebih baik iaitu bebas dari sisa racun serangga yang berbahaya.

Tanaman Hidroponik boleh menjadi pilihan yang utama bagi mereka yang pentingkan kesihatan. Trend menunjukkan permintaan pasaran untuk produk organik yang bebas racun semakin meningkat. Ini dapat menggalakkan masyarakat untuk membuat penanaman secara hidroponik di rumah. Pada masa ini kini hasil dari produk organik tidak dapat memenuhi permintaan pasaran. Oleh itu, peluang perniagaan untuk tanaman hasilan hidroponik masih lagi terbuka luas seiring dengan peningkatan penduduk di Malaysia.

Daripada statistik keperluan manusia untuk makanan terus meningkat dari tahun ke tahun seiring dengan peningkatan penduduk. Selain itu, alternatif kepada sistem hidroponik juga meningkat disebabkan pengurangan tanah pertanian di kawasan tertentu atau dipinggir bandar. Petani sudah tentu tidak lagi dapat bergantung kepada kaedah pertanian konvensional yang lebih mencabar dan banyak ancaman.

——————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik


Tanaman Hidroponik di Malaysia

Kemajuan teknologi hari ini memainkan peranan dalam pembangunan sistem hidroponik yang semakin canggih yang mana dapat dikawal secara automatik. Di luar negara, sistem hidroponik pada skala komersil yang besar adalah merupakan salah satu sistem pertanian moden yang menggunakan rumah hijau (sph) yang sepenuhnya beroperasi secara automatik. Hidroponik dipercayai menjadi pilihan pertanian pada masa sekarana kerana kelebihannya yang tersendiri.
Di Malaysia, tidak pasti bilakah kaedah hidroponik diperkenalkan. Namun, dipercayai sistem hidroponik di Malaysia diperkenalkan lewat tahun 1980-an. Di Indonesia Hidroponik dikatakan telah diperkenalkan oleh Bob Sadino kerana merupakan orang pertama yang memperkenalkan kaedah penanaman hidroponik dalam masyarakat Indonesia. Tanaman Bayam merupakan tanaman yang popular pada masa itu. Harga bayam dikatakan 10 kali lebih tinggi dari sayur yang lain.
Pada asalnya, teknik hidroponik lebih disukai di kalangan peminat tumbuhan. Mereka menggunakan teknik penanaman secara hidroponik untuk tujuan hobi sahaja. Kini, teknik hidroponik mula dilihat oleh masyarakat untuk pembangunan secara komersil. Hidroponik sebenarnya merupakan salah satu aktiviti pertanian yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi khususnya tanaman sayuran berdaun.

——————————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Sejarah Kaedah Tanaman Hidroponik

Serba sedikit mengenai sejarah hidroponik, penemuan kaedah tanaman hidroponik dikatakan bermula sekitar tahun 1600-an. Dipercayai di Negara Mesir, India, dan China, manusia purba atau masyarakat dahulu dikatakan menggunakan baja organik untuk menanam tembikai, timun, dan sayur-sayuran lain di kawasan berpasir di tebing sungai. Secara kebetulan merupakan satu konsep kaedah hidroponik yang menggunakan media pasir dan air tanpa tanah.

Pengembangan kaedah hidroponik telah terbukti dari pelbagai kajian saintifik mengenai kandungan bahan atau kimia dalam tumbuhan. Terdapat beberapa penyelidik yang terkenal bermula dari Jan van Helmont (1600-Belgium) yang menyatakan bahawa tumbuhan mendapat sesuatu nutrien dari air.

Pada tahun 1804, De Saussure menyatakan bahawa tumbuh-tumbuhan terdiri daripada unsur kimia yang diperolehi dari air, tanah dan udara. Kesimpulannya ialah air sangat penting untuk pertumbuhan tanaman. Selepas itu pada 1860-1861, kedua orang Jerman, Sach dan Knop, akhirnya berjaya menanam tanaman yang mengandungi air mineral (nutrient), tanpa menggunakan media.

Kaedah ini merupakan permulaan teknik hidroponik yang dibangunkan sehingga kini. Sachs dan Knop juga berjaya mengenal pasti unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan, baik dalam jumlah besar (nutrien makro) dan sedikit (nutrien mikro). Beberapa formula nutrien tumbuhan telah ditemui oleh pakar, seperti Tollens (1882), Tottingham (1914), Shieve (1915), Hoagland (1920), Arnon (1938), dan Robbins (1946). Sehingga kini rumusan nutrien untuk tanaman masih digunakan lagi.

——————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik


×

Like us on Facebook