Teknik nutrien cetek (NFT Hidroponik)

Teknik nutrien cetek atau  Nutrient Film Technique (NFT) merupakan sistem hidroponik yang sangat popular di dunia hidroponik. Sistem ini mula dibangunkan oleh Dr. AJ Cooper di Institut Penyelidikan Littlehampton, England pada penghujung tahun 1960-an dan dibangunkan secara komersial pada awal 1970-an. Teknik nutrien cetek (NFT) adalah teknik hidroponik di mana aliran air yang sangat cetek yang mengandungi semua nutrien terlarut yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan disalurkan semula melalui akar tanaman yang terdedah dalam saluran air. Konsep asas NFT adalah kaedah penanaman di mana akar tumbuhan berkembang pada lapisan nutrien yang cetek seterusnya memperoleh air, nutrien, dan oksigen yang cukup.

Antara kelebihan NFT termasuk mempermudahkan kawalan terhadap tanaman terutamanya keperluan untuk air, oksigen dan nutrient. Walau bagaimanapun, sistem hidroponik NFT mempunyai beberapa kelemahan seperti kos pelaburan dan penyelenggaraan yang sedikit mahal. Sistem NFT juga sangat bergantung kepada elektrik, dan penyakit yang menjangkiti pokok akan cepat menyebar ke pokok-pokok yang lain kerana ia berada dalam satu takungan.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Sistem Drip Tanaman Hidroponik

Sistem Titisan (Drip system) atau juga disebut dengan sistem fertigasi merupakan teknik pengairan yang dilakukan secara perlahan iaitu dengan menitiskan larutan nutrien kepada media atau terus pada akar tanaman. Penyiraman secara sistem titisan adalah tertumpu di sekitar kawasan perakaran bagi melembapkan media. Dengan kira-kira 70% kelembapan media, akar mudah menyerap air dan nutrien serta pengudaraan juga dapat dikekalkan kerana udara berada di antara ruang kosong antara media. Sistem titisan atau drip juga dipanggil sistem Fertigasi kerana pengairan dan baja dilakukan serentak. Sistem ini mempunyai beberapa kelebihan, termasuk penjimatan air dan nutrien (baja), kos pemasangan juga murah dan mudah, boleh digunakan untuk kawasan yang sempit atau besar, dan kos tenaga elektrik juga tidak tinggi kerana pam tidak perlu dijalankan secara berterusan.

Oleh kerana kelebihan ini, pengairan fertigasi ini adalah sistem yang paling banyak digunakan di dunia, dari hobi sehingga skala komersil. Pada masa ini, hampir semua tanaman boleh ditanam dengan sistem titisan, dari sayuran berdaun, sayuran buah hingga tanaman yang lebih besar. Sistem pengairan titisan kebiasaanya dibahagikan kepada 2 versi, iaitu sistem kitaran semula dan sistem tanpa kitaran.

Sistem kitaran semula; iaitu air larutan nutrien yang telah menitis kepada tanaman, dikembalikan semula ke takungan/tangki. Manakala dalam sistem tanpa kitaran, larutan nutrien yang dilepaskan akan terbuang dan tidak lagi digunakan. Dalam sistem kitaran semula, kita perlu menyesuaikan nilai pH dan TDS dalam larutan nutrien kerana pH dan TDS dalam sistem ini tidak akan stabil. Di samping itu, larutan nutrien dalam takungan perlu disalirkan dan diganti secara berkala seperti sistem NFT.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook