Keperluan Nutrien dalam Tanaman Hidroponik

Terdapat 16 jenis Nutrien yang diperlukan oleh tanaman untuk pertumbuhan yang baik.

Antaranya ialah: • Karbon(C) • Oksigen (O) • Hidrogen (H) • Nitrogen (N) • Fosfor (P) • Kalium (K) • Kalsium (Ca) • Magnesium (Mg) • Belerang (S) • Besi (Fe) • Mangan (Mn) • Boron (B) • Molibdenum (Mo) • Kuprum atau tembaga (Cu) • Zink (Zn) • Klorin (Cl). Daripada 16 unsur di atas, tiga unsur iaitu C, H, dan O diperoleh secara percuma dari di udara. Manakala yang perlu kita sediakan adalah bakinya iaitu sebanyak 13 jenis nutrien.

Berdasarkan tahap keperluan, 13 jenis nutrien dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu nutrien makro dan nutrien mikro. Nutrien makro adalah nutrien yang diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti yang banyak, manakala nutrien mikro adalah unsur yang diperlukan oleh tanaman dalam jumlah yang kecil. Nutrien makro termasuk nitrogen (N), fosforus (P), kalium (K), kalsium (Ca), magnesium (Mg), dan sulfur (S). Nutrien mikro termasuk besi (Fe), mangan (Mn), boron (B), molibdenum (Mo), tembaga / kuprum (Cu), zink (Zn), dan klorin (Cl). Dalam aktiviti pertanian secara konvensional menggunakan tanah, nutrien mikro kebiasanya tidak diberikan kerana ia dianggap terdapat di dalam tanah. Yang sering diberikan hanyalah unsur N, P dan K. Berbeza dengan system hidroponik, semua elemen makro dan mikro perlu ada. Nutrien boleh diserap oleh tanaman pada pH 5.5 – 7.5, tetapi yang terbaik adalah pada Ph 6.5. Ini kerana, dalam keadaan ini, semua jenis nutrien tersedia untuk tumbuhan.

Di dalam Sistem hidroponik, tanaman boleh disiram secara manual untuk pemberian air dan baja nutrisi. Tetapi dalam tanaman hidroponik terdapat beberapa sistem pengairan yang boleh memudahkan kita untuk menguruskan tanaman hidroponik. Pertama, sistem hidroponik aktif / dinamik. Dalam sistem ini, air nutrien akan mengalir dan beredar dengan bantuan pam. Sistem ini merangkumi NFT (Nutrient Film Technique), pengairan titisan (Sistem Drip), sistem pasang surut (Ebb), dan Aeroponik. Kedua, sistem hidroponik pasif / statik. Sistem ini bertentangan dengan sistem hidroponik yang aktif, air larutan nutrien tidak dibuat untuk mengalir tetapi hanya dalam keadaan diam atau statik. Ini termasuk dalam sistem pasif iaitu sistem sumbu (Sistem Wick) dan Sistem Hidroponik Terapung.

——————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook