Hobi Hidroponik vs Hidroponik Komersil

Pada asalnya hidroponik pada awalnya dijadikan sebagai hobi bagi mengurangkan stress atau tekanan. Namun, kerana keseronokan dalam pertanian disebabkan hasilnya memuaskan, ramai yang kemudian mengubah hobi hidroponik mereka ke skala perniagaan. Walau bagaimanapun, bagi usahawan yang bercita-cita untuk mengusahakan hidroponik pada skala besar, tidak perlu tergesa-gesa. Hidroponik untuk skala komersil pastinya jauh berbeza daripada hidroponik skala hobi. Ia memerlukan modal yang mencukupi dan kemahiran yang tinggi.

Jika hidroponik sebagai hobi; kos, masa, dan piawaian kualiti tidak sangat dititikberatkan. Namun berbeza dengan hidroponik berskala komersil, semuanya memerlukan perancangan yang teliti khususnya dalam perancangan kewangan. Oleh itu, kita perlu melakukannya secara langkah demi langkah. Untuk langkah awal kita perlu menyukai hidroponik terlebih dahulu dan seterusnya perlulah menguasai teknik hidroponik dengan baik. Bermula dengan yang paling mudah, dan kemudian beralih ke sistem hidroponik yang lebih kompleks.

————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Leave a Comment

×

Like us on Facebook