Media Tanaman Hidroponik

Terdapat  beberapa substrat yang kebiasaanya digunakan sebagai media di dalam tanaman hidroponik. Terdapat Substrat yang bersifat organik dan ada yang tidak organik. Substrat organik adalah substrat yang berasal dari sesuatu yang hidup iaitu samada bahagian tumbuhan seperti daun, batang, kayu, dan lain-lain. Manakala substrat bukan organik adalah substrat yang berasal dari proses pelapisan batu induk di bumi. Selain daripada kedua-dua jenis substrat di atas, terdapat juga substrat buatan khusus untuk media tanaman hidroponik.

Antaranya ialah Coconut Coir (Coco Peat). Habuk atau sabut kelapa adalah medium penanaman organik yang baik untuk digunakan dalam sistem hidroponik. Coir kelapa mempunyai penyerapan yang tinggi, mampu untuk mengikat atau menyimpan air sangat tinggi sehingga sesuai untuk digunakan di kawasan suhu yang panas. Ia juga mengandungi sedikit nutrient (pemakanan) seperti kalsium (Ca), magnesium (Mg), kalium (K), natrium (N), dan fosforus (P). Coir kelapa mempunyai pH antara 5.0-6.8 menjadikannya sangat stabil untuk pertumbuhan akar dan serapan nutrient.

Sekam padi bakar juga boleh digunakan sebagai media tanaman hidroponik. Ini kerana sekam padi bakar mempunyai banyak kandungan yang berfaedah untuk tanaman berbanding daripada sekam padi yang masih mentah. Sekam pasi bakar juga mempunyai keupayaan untuk menyerap dan mengalirkan air yang baik. Harganya agak murah namun Kelemahannya, media ini hanya boleh digunakan dua kali untuk tanaman hidroponik.

Dahulu, media pasir juga ada digunakan di dalam sistem hidroponik. Tetapi kini media pasir jarang digunakan untuk hidroponik. Pasir sangat mudah untuk basah dan kering dengan cepat kerana proses penyejatan menjadikan media ini memerlukan penyiraman dan pembajaan yang lebih kerap. Media penanaman menggunakan pasir sangat sesuai untuk menyemai biji benih. Pengeringan yang cepat akan memudahkan proses mengeluarkan benih tumbuhan untuk dipindahkan ke media lain. Akar benih tidak mudah rosak apabila dikeluarkan dari pasir. Jenis pasir yang perlu dielakkan ialah pasir pantai. Kerana, walaupun dibasuh terlebih dahulu, pasir pantai mempunyai kandungan garam yang tinggi sehingga dapat memberi kesan buruk kepada tanaman.

——————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Leave a Comment

×

Like us on Facebook