Persediaan awal penanaman secara Hidroponik

Sebelum memulakan sesuatu projek pertanian menggunakan sistem hidroponik, persiapan perlu dibuat untuk beberapa perkara. Persiapan yang dimaksudkan termasuklah penyediaan kawasan yang akan digunakan untuk tanaman hidroponik serta penyediaan bekas tanaman dan media penanaman. Selepas ke semua perkara tersebut lengkap maka bolehlah kita pergi ke langkah berikutnya, iaitu penanaman.

Penyediaan kawasan untuk penanaman secara Hidroponik boleh dilakukan pada skala kecil/hobi (di kawasan sekitar rumah) dan skala komersil (skala besar). Bagi hidroponik berskala kecil, penyediaan kawasan adalah untuk menentukan kesesuaian aktiviti hidroponik yang kita akan jalankan. Tanaman Hidroponik boleh dilakukan tidak kira dimana samada di belakang rumah, di dapur, atau di halaman rumah. Selagi terdapat tempat yang sesuai, dan yang penting keperluan pertumbuhan tanaman seperti penerimaan cahaya matahari yang mencukupi. Sekiranya tanaman hidroponik dilakukan di dalam rumah atau bangunan tertutup, perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecukupan cahaya kepada tumbuhan. Ini boleh dibuat dengan menggunakan lampu LED khas (grow light) untuk penanaman hidroponik

Bagi skala komersil, pemilihan kawasan bagi penanaman secara hidroponik mestilah diteliti terlebih dahulu supaya ia sesuai untuk segala kerja-kerja yang berkaitan misalnya jika anda ingin membina rumah pelindung hujan (SPH) dan sebagainya. Kos pembinaan rumah SPH sememangnya sedikit mahal namun tanaman akan lebih selamat dari ancaman penyakit dan perosak serta pertumbuhan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, membuat rumah SPH bukanlah satu keperluan. Kita boleh memilih untuk membuat penanaman hidroponik secara terbuka atau tanpa rumah SPH. Apa yang harus dititikberatkan adalah risiko apabila membuat penanaman secara terbuka ialah lebih memerlukan perhatian yang lebih dari segi penjagaan terutamanya kawalan perosak dan penyakit. Selain itu, tanaman hidroponik terbuka juga perlu bersiap-sedia untuk menghadapi cuaca yang tidak menentu. Misalnya air hujan akan memasuki media pertumbuhan hidroponik dan menyebabkan kehilangan nutrien.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Leave a Comment

×

Like us on Facebook