Sistem Hidroponik dan sejarahnya

Istilah hidroponik pertama kali diperkenalkan oleh Dr. WF Gericke pada tahun 1937 menerusi penerbitannya dalam Jurnal Science. Hidroponik berasal dari kata Yunani; hydro dan ponos. Hidro bermaksud air , dan ponos bermaksud kuasa atau kerja. Berdasarkan asal perkataan ini, maksud hidroponik diterjemahkan sebagai “kuasa air kerja” atau “bekerja dengan air” atau dalam konteks ini dapat ditafsirkan sebagai “penanaman menggunakan kuasa air” .

Pada mulanya istilah hidroponik hanya digunakan untuk merujuk kepada kaedah pertanian menggunakan air sebagai medium penanaman. Ini merujuk kepada amalan hidroponik yang kebiasaannya menggunakan air yang dicampur dengan nutrien sebagai medium untuk pertumbuhan tanaman. Akar tanaman diletakkan terus di dalam air yang mengandungi nutrien lengkap tanpa menggunakan media sokongan. Kini, definisi hidroponik menjadi lebih luas. Bersama dengan kemajuan dan pengubahsuaian kaedah pertanian hidroponik, media air dapat digantikan dengan media lain yang lebih efektif dan lebih produktif. Hidroponik tidak lagi ditakrifkan sebagai hanya menanam dengan air, tetapi penggunaan lain-lain jenis media selain daripada menggunakan tanah juga dipanggil hidroponik.

Apabila teknologi berkembang, cara orang menggunakan hidroponik juga berkembang. Media untuk pertumbuhan tumbuhan misalnya, jika pada masa lalu bahan yang digunakan adalah terhad kepada alam semula jadi, kini bahan sintetik telah dibuat untuk digunakan sebagai media pertumbuhan. Teknik hidroponik juga mempunyai banyak variasi, dari yang paling mudah hingga paling advanced.

—————————————————————————————————————-

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Leave a Comment

×

Like us on Facebook