Sistem Hidroponik Terapung

Sistem Hidroponik Terapung atau Floating hydroponics System sama seperti sistem sumbu, merupakan satu sistem mudah dan murah untuk dihasilkan. Walaupun mudah dan murah, sistem terapung boleh juga digunakan untuk penanaman hidroponik secara komersil, bukan hanya sekadar untuk hobi. Ini kerana sistem ini boleh digunakan untuk menanam tanaman dalam kuantiti yang banyak. Teknik ini tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak iaitu sekadar hanya menghidupkan aerator, iaitu alat yang digunakan bagi menghasilkan gelembung udara di dalam air, seperti di dalam akuarium ikan.

Ada juga menggelarkan system ini sebagai Deep Water Culture (DWC). Sistem ini mirip dengan sistem sumbu (wick), iaitu tumbuhan berada dalam bekas yang dipenuhi dengan air nutrient dan akar secara langsung bersentuhan dengan larutan nutrien. Sistem ini menggunakan papan styrofoam untuk menyokong tumbuhan. Akar dapat menyerap nutrien secara terus dalam air nutrien pada bila-bila masa. Oleh kerana akar di dalam air, mereka memerlukan oksigen terlarut untuk bernafas. Oleh itu satu cara untuk membekalkan oksigen terlarut dalam air (pengudaraan) adalah dengan menggunakan aerator. Tumbuhan yang ditanam dengan sistem hidroponik terapung ini akan tumbuh lebih cepat berbanding sistem sumbu.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Leave a Comment

×

Like us on Facebook