Sistem Hidroponik

Berkebun atau menanam pokok adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan. Hampir semua orang menyukainya. Ini terbukti hampir di setiap rumah sentiasa terdapat pasu tanaman bagi tujuan untuk hiasan rumah dan penghijauan kawasan. Ini menunjukkan bahawa kebanyakkan orang suka menanam. Namun ada beberapa perkara yang sering menjadi halangan. Sesetengah orang tidak suka kotoran dari tanah, tidak mahu berasa panas, ada yang geli dengan cacing, ulat, dan sebagainya.

Namun, isu itu lagi berlaku dalam pertanian hidroponik kerana ia adalah salah satu cara kaedah pertanian yang bebas dari masalah itu. Tanaman Hidroponik tidak melibatkan tanah bagi menanam sesuatu tumbuhan seperti sayuran dan sebagainya. Oleh itu, kaedah penanaman ini lebih bersih dan menyenangkan. Tidak seperti ketika kita menanam menggunakan tanah, dengan system hidroponik anda boleh menggunakannya di mana-mana tempat di sekeliling rumah, di halaman rumah atau halaman belakang malah di dalam rumah sekalipun boleh. Hidroponik tidak perlu bimbang tentang dengan kotoran, berlumpur, cacing, dan sebagainya.

Walaupun hidroponik sangat mudah dilakukan di rumah, ini tidak bermakna hidroponik hanya sebagai aktiviti hobi semata-mata. Sebenarnya, hidroponik juga boleh dibuat pada skala komersil. Hydroponik juga boleh menjadi satu perniagaan yang menghasilkan keuntungan besar. Dengan kawasan tanah yang sama, kita dapat menghasilkan hasil yang dberkali ganda jika dibandingkan dengan penanaman konvensional. Terutamanya jika tanaman hidroponik dilakukan secara vertikal (bertingkat), hasilnya jauh lebih tinggi.

——————————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

1 thought on “Sistem Hidroponik”

Leave a Comment

×

Like us on Facebook