Sistem Wick (sumbu) Tanaman Hidroponik

Di antara jenis sistem hidroponik yang ada, Sistem Wick (sumbu) adalah sistem hidroponik yang paling mudah diaplikasikan. Kelebihan system ini ialah ia tidak memerlukan kos atau modal yang tinggi dan tidak rumit untuk membuatnya menjadikannya ia sesuai untuk orang yang baru ingin belajar dengan hidroponik. Sistem hidroponik ini seperti dikategori dalam sistem hidroponik pasif, yang bermaksud air nutrien dibuat secara takung dan tidak mengalir. Oleh itu,ia tidak memerlukan bantuan pam. Sistem sumbu (wick system) ini menggunakan kuasa kapilari air dengan bahan berserat seperti kain flanel. Kain flanel ini bertindak sebagai sumbu (wicks) yang menghubungkan air nutrien di dalam takungan dengan media yang di atasnya. Dengan kuasa kapilari, air nutrien bergerak melalui kain flanel ke media akar tumbuhan dan seterusnya diserap oleh akar tumbuhan. Media yang boleh digunakan dalam sistem hidroponik ini adalah pelbagai jenis seperti perlite, vermikulite, rock wool, spans, cocopeat, dan lain-lain lagi.

Sumbu yang digunakan dalam sistem ini tidak semestinya kain flanel. Bahan lain seperti tali berserat, atau bahan berserabut lain juga boleh digunakan. Secara asasnya, bahan sumbu mesti dapat menyerap air dan mengalirkan ke akar tumbuhan. Kain Flanel digunakan secara meluas sebagai sumbu kerana sifat flanel yang tidak mudah rosak jika terus terendam dalam air dan bahan ini juga murah. Kelemahan sistem hidroponik ini, ialah ia hanya bergantung pada daya penyerapan sumbu menyebabkan ia hanya sesuai untuk tanaman kecil yang memerlukan sedikit air, seperti sayur-sayuran dan tanaman hiasan kecil. Untuk tanaman yang perlukan banyak nutrien dan banyak air, seperti cili, tomato, dan sebagainya, sistem ini kurang berkesan.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Leave a Comment

×

Like us on Facebook