Kaedah Menyemai Biji Benih sayuran

Proses menyemai biji benih dilakukan selepas semua persediaan awal telah dibuat dan kerja-kerja penanaman boleh dilakukan selepas semua benih disemai. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam semaian benih adalah mendapatkan benih yang berkualiti. Benih berkualiti termasuklah peratus percambahan yang tinggi dan pengeluaran hasil yang lebih baik. Benih yang berkualiti sudah tentu menghasilkan tanaman yang berkualiti. Benih boleh didapati di kedai-kedai pertanian yang dipercayai dan sudah biasa menjual biji benih. Ini kerana ada penjual benih yang tidak dikenali menjual benih dengan harga yang murah tetapi benih tersebut tidak berkualiti dan mudah rosak. Antara syarikat pengeluar benih yang boleh dipercayai seperti syarikat GWG, Leckat, Panah Merah, Seng seng Huat dan lain-lain lagi.

Kaedah semaian biji benih tanaman bagi penanaman hidroponik dilakukan dengan menyemai dahulu benih di dalam bekas yang mengandungi media sebelum dipindahkan ke bekas penanaman untuk pembesaran. Media yang biasa digunakan adalah seperti span dan rockwool. Biji Benih ditenggelamkan sedikit didalam media benih lebih kurang 3- 4 mm. Tutup bekas dengan beg plastik hitam dan letakkan di tempat yang teduh atau gelap.

Untuk sayur-sayuran seperti sawi dan salad, biasanya dalam masa 1-2 hari, kulit biji benihnya mula pecah. Kemudian akar dan daun mula keluar dari biji.  Sekiranya biji benih telah tumbuh dan akar telah keluar, bolehlah segera masukkan anak benih ke tempat penanaman. Sekiranya benih terlewat untuk diletakkan di bawah cahaya matahari boleh menyebabkan kesan etiolation iaitu benih benih nipis dan kurus, batang meninggi, dan tidak kuat.

Pemindahan benih ke bekas penanaman hidroponik mesti dilakukan dengan cermat agar akar tumbuhan tidak rosak. Pemindahan benih harus dilakukan pada awal pagi atau sebelah petang, iaitu ketika cahaya matahari tidak lagi begitu terik. Selepas benih ditanam, siramlah air dengan kadar mencukupi.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook