Kaedah dan Sistem Tanaman Hidroponik

Secara amnya terdapat 2 Kaedah tanaman Hidroponik yang popular iaitu hidroponik yang menggunakan media pepejal (substrat) sebagai medium penanaman dan yang kedua, hidroponik yang hanya menggunakan air sebagai media penanaman. Kaedah hidroponik yang menggunakan media pepejal sebagai medium pertumbuhannya dipanggil sistem hidroponik substrat. Hidroponik ini menggunakan media pepejal seperti arang, pasir, kerikil, sekam dan sebagainya untuk menggantikan fungsi tanah.

Pengairan perlu di buat untuk menyalurkan air yang bercampur dengan nutrien penting untuk pertumbuhan tanaman. Bagi sistem hidroponik yang hanya menggunakan air, kaedah ini biasanya dipanggil hidroponik bukan substrat. Kaedah bukan substrate dilakukan dengan meletakkan bekas atau pot terus di dalam air yang telah bercampur dengan nutrien tanpa menggunakan media. Pot adalah bekas kecil yang diperbuat dari plastik dengan mempunyai lubang seperti penapis yang berfungsi sebagai tempat akar keluar untuk mengambil nutrien.

Sehingga kini terdapat beberapa media (substrat) yang digunakan dalam hidroponik. Antaranya pasir, habuk papan, cocopeat, vermiculite, perlite, dan lain-lain. Media yang boleh digunakan sebagai medium pertumbuhan hidroponik termasuk kebolehan penyimpanan nutrien, air, dan oksigen, serta menjadi tempat sokongan tumbuhan dengan baik. Oleh itu, substrat mesti mempunyai keupayaan untuk memberi saliran yang baik kepada akar dan tanaman.

Media penanaman hidroponik yang baik adalah media yang dapat mengekalkan kelembapan di sekitar tumbuhan secara optimum. Kelembapan yang tinggi di sekitar media akan mengakibatkan pertumbuhan kulat. Ketersediaan oksigen untuk tumbuhan juga akan berkurangan. Manakala kelembapan yang rendah pula akan menyebabkan media tanam menjadi kering. Walau bagaimanapun, tahap kelembapan yang diperlukan untuk setiap tumbuhan berbeza bergantung kepada jenis tumbuhan.

——————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik


×

Like us on Facebook