Hasil meningkat dengan Penanaman Hidroponik

Kaedah pertanian hidroponik memberikan kelebihan yang besar, terutama bagi penduduk bandar yang tidak mempunyai tanah untuk menanam selain kawasan yang mempunyai tanah yang keras dan berbatu. Penanaman hidroponik juga boleh menjadi alternatif kepada anda yang tidak mempunyai kawasan yang besar. Ini kerana, walaupun di kawasan sempit hidroponik dapat mengeluarkan banyak hasil.


Hasil tanaman yang ditanam secara hidroponik telah terbukti lebih tinggi dari pertanian konvensional. Dengan kawasan tanah yang sama, penggunaan hidroponik bertingkat boleh menghasilkan 4 kali lebih tinggi hasil jika dibandingkan dengan kaedah penanaman biasa.
Penanaman sayuran misalnya, dengan keluasan 4 meter x 10meter dimana jarak 15 cm antara pokok, dengan hidroponik kita boleh menanam 1,400 pokok sayur berdaun dan menuai purata 90 kg sayur-sayuran setiap musim tanam (30 hari). Menurut sumber, dengan keluasan 150 meter persegi pula, kaedah hidroponik bertingkat boleh menghasilkan 630 kg sayur Pakcoy setiap bulan. Sementara itu, jika anda menggunakan sistem penanaman biasa hanya 150 kg pakcoy.

Penanaman secara hidroponik terbukti dapat memberikan hasil pengeluaran yang lebih baik, lebih manis, lebih segar dan lebih berkualiti. Ini kerana nutrien hidroponik memenuhi semua keperluan nutrien untuk tanaman supaya pertumbuhan yang optimum dan hasil pengeluaran maksimum sehingga kita dapat menuai hasil tanaman dengan lebih cepat.

——————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Kelebihan Tanaman Hidroponik

Seperti diketahui, Hidroponik adalah kaedah bagaimana tanaman tumbuh dengan menggunakan media penanaman selain daripada tanah. Media yang dimaksudkan samada dalam bentuk air sahaja, atau juga boleh menggunakan media seperti kerikil, cocopeat, span, pasir, habuk kayu, rock wool, perlit dan sebagainya. Jika anda menggunakan air sahaja, hidroponik dilakukan dengan mencampurkan nutrien yang diperlukan oleh tanaman di dalam air. Kemudian tumbuhan diletakkan secara tergantung di atasnya. Sekiranya menggunakan media lengai, tanaman ditanam atau dimasukkan dalam media dan kemudian air yang telah dicampur dengan nutrient disiram secara berkala.

sayur hidroponik lettuce

Terdapat banyak kelebihan mengapa tanaman secara hidroponik lebih baik daripada menanam kaedah tradisional yang menggunakan tanah sebagai medium. Seperti yang kita tahu, pertanian di atas tanah bergantung kepada banyak faktor. Contohnya jenis tanah. Terdapat tanah yang subur dan ada juga yang kurang subur. Tanah subur mengandungi nutrien baik untuk tumbuh-tumbuhan, tetapi terdapat juga jenis tanah yang kurang sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Dengan hidroponik, kekangan terhadap kesesuaian tanah tidak akan dihadapi. Hidroponik tidak mementingkan pada tanah kerana asas utamanya adalah pada memenuhi keperluan nutrien tumbuhan.

Pertumbuhan tanaman secara hidroponik memudahkan kita mengawal nutrien yang diperlukan tumbuhan. Kita boleh mengukur dan menilai sama ada pemakanan adalah mencukupi atau tidak. Jika di tanam menggunakan tanah, kekurangan atau kehilangan nutrien tidak dapat dikesan. Selain itu, kaedah hidroponik tidak memerlukan kawasan tanah yang besar. Kita dapat menghasilkan lebih banyak tanam menggunakan ruang yang terhad atau sempit. Penanaman secara menegak (vertical) boleh dilakukan di satu-satu tempat bagi meningkatkan jumlah tanaman.

————————————————————————————————————————-

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik


Tanaman Hidroponik di Malaysia

Kemajuan teknologi hari ini memainkan peranan dalam pembangunan sistem hidroponik yang semakin canggih yang mana dapat dikawal secara automatik. Di luar negara, sistem hidroponik pada skala komersil yang besar adalah merupakan salah satu sistem pertanian moden yang menggunakan rumah hijau (sph) yang sepenuhnya beroperasi secara automatik. Hidroponik dipercayai menjadi pilihan pertanian pada masa sekarana kerana kelebihannya yang tersendiri.
Di Malaysia, tidak pasti bilakah kaedah hidroponik diperkenalkan. Namun, dipercayai sistem hidroponik di Malaysia diperkenalkan lewat tahun 1980-an. Di Indonesia Hidroponik dikatakan telah diperkenalkan oleh Bob Sadino kerana merupakan orang pertama yang memperkenalkan kaedah penanaman hidroponik dalam masyarakat Indonesia. Tanaman Bayam merupakan tanaman yang popular pada masa itu. Harga bayam dikatakan 10 kali lebih tinggi dari sayur yang lain.
Pada asalnya, teknik hidroponik lebih disukai di kalangan peminat tumbuhan. Mereka menggunakan teknik penanaman secara hidroponik untuk tujuan hobi sahaja. Kini, teknik hidroponik mula dilihat oleh masyarakat untuk pembangunan secara komersil. Hidroponik sebenarnya merupakan salah satu aktiviti pertanian yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi khususnya tanaman sayuran berdaun.

——————————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook