Kelebihan Tanaman Hidroponik

Perkara yang menjadi keutamaan dalam penanaman secara hidroponik ialah pengeluaran sayur-sayuran yang lebih berkualiti dan selamat dimakan. Sayur-sayuran hidroponik mempunyai kualiti hasil yang lebih baik berbanding pertanian konvensional. Tidak hairan jika orang-orang kelas atasan lebih suka sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik. Secara umumnya ketahanan sayur hidroponik juga lebih lama berbanding kaedah konvensional.

Secara keseluruhannya, kelebihan sistem hidroponik atau pertanian tanpa tanah adalah seperti berikut:

 1. Pengeluaran hasil tanaman yang lebih tinggi berbanding menggunakan media tanah biasa.

2. Tanaman yang lebih selamat dari perosak dan penyakit secara tidak langsung mengurangkan penggunaan racun.

3. Tanaman tumbuh lebih cepat dari biasa dan penggunaan air dan baja  lebih cekap.

4. Sekiranya sesuatu tanaman mati, ia mudah diganti dengan tanaman baru.

5. Pengeluaran hasil dapat dibuat secara berterusan kerana ancaman yang kurang seperti banjir, hakisan, kemarau, dan sebagainya

6. Kaedah ini lebih mudah untuk dilaksanakan kerana tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak

7. Kualiti hasil yang lebih bersih dan tidak kotor.

8. Tanaman boleh ditanam di mana sahaja atau di tempat-tempat yang tidak sesuai untuk tanaman berkenaan.

———————————————————————————————————————-

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook