Sejarah Kaedah Tanaman Hidroponik

Serba sedikit mengenai sejarah hidroponik, penemuan kaedah tanaman hidroponik dikatakan bermula sekitar tahun 1600-an. Dipercayai di Negara Mesir, India, dan China, manusia purba atau masyarakat dahulu dikatakan menggunakan baja organik untuk menanam tembikai, timun, dan sayur-sayuran lain di kawasan berpasir di tebing sungai. Secara kebetulan merupakan satu konsep kaedah hidroponik yang menggunakan media pasir dan air tanpa tanah.

Pengembangan kaedah hidroponik telah terbukti dari pelbagai kajian saintifik mengenai kandungan bahan atau kimia dalam tumbuhan. Terdapat beberapa penyelidik yang terkenal bermula dari Jan van Helmont (1600-Belgium) yang menyatakan bahawa tumbuhan mendapat sesuatu nutrien dari air.

Pada tahun 1804, De Saussure menyatakan bahawa tumbuh-tumbuhan terdiri daripada unsur kimia yang diperolehi dari air, tanah dan udara. Kesimpulannya ialah air sangat penting untuk pertumbuhan tanaman. Selepas itu pada 1860-1861, kedua orang Jerman, Sach dan Knop, akhirnya berjaya menanam tanaman yang mengandungi air mineral (nutrient), tanpa menggunakan media.

Kaedah ini merupakan permulaan teknik hidroponik yang dibangunkan sehingga kini. Sachs dan Knop juga berjaya mengenal pasti unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan, baik dalam jumlah besar (nutrien makro) dan sedikit (nutrien mikro). Beberapa formula nutrien tumbuhan telah ditemui oleh pakar, seperti Tollens (1882), Tottingham (1914), Shieve (1915), Hoagland (1920), Arnon (1938), dan Robbins (1946). Sehingga kini rumusan nutrien untuk tanaman masih digunakan lagi.

——————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik


×

Like us on Facebook