Keperluan Air dan Oksigen dalam Tanaman Hidroponik

Air merupakan perkara paling utama dalam Hidroponik. Air Hujan merupakan antara air yang terbaik untuk digunakan dalam system hidroponik kerana air hujan dibentuk melalui proses penyulingan oleh matahari. Air hujan biasanya merupakan nilai TDS yang rendah, tidak lebih dari 200 ppm. Sekiranya kesukaran mendapatkan air hujan, air paip juga boleh digunakan dengan syarat air paip adalah dari sumber yang tidak tercemar.

Selain air, keperluan oksigen dalam sistem hidroponik merupakan satu elemen yang penting. Kekurangan oksigen juga memberi kesan kepada tanaman kerana oksigen dalam air diperlukan untuk penyerapan nutrien oleh akarnya. Ciri-ciri tumbuhan yang mendapat oksigen yang cukup adalah mempunyai akar bewarna putih dan tebal. Tumbuhan kekurangan oksigen menunjukkan akar sedikit coklat dengan hujung sedikit hitam. Pemberian oksigen dalam sistem hidroponik boleh dilakukan dalam beberapa cara, termasuk dengan menyediakan buih udara dalam air melalui bantuan aerators (untuk hidroponik bukan substrat), menggalirkan nutrien dengan berulang kali dan menyediakan lubang pengudaraan di tapak penanaman (untuk substrat hidroponik). Aerator adalah alat yang digunakan untuk membuat gelembung udara di dalam air seperti aerator yang digunakan dalam akuarium ikan.

——————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook