Kaedah Menyemai Biji Benih sayuran

Proses menyemai biji benih dilakukan selepas semua persediaan awal telah dibuat dan kerja-kerja penanaman boleh dilakukan selepas semua benih disemai. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam semaian benih adalah mendapatkan benih yang berkualiti. Benih berkualiti termasuklah peratus percambahan yang tinggi dan pengeluaran hasil yang lebih baik. Benih yang berkualiti sudah tentu menghasilkan tanaman yang berkualiti. Benih boleh didapati di kedai-kedai pertanian yang dipercayai dan sudah biasa menjual biji benih. Ini kerana ada penjual benih yang tidak dikenali menjual benih dengan harga yang murah tetapi benih tersebut tidak berkualiti dan mudah rosak. Antara syarikat pengeluar benih yang boleh dipercayai seperti syarikat GWG, Leckat, Panah Merah, Seng seng Huat dan lain-lain lagi.

Kaedah semaian biji benih tanaman bagi penanaman hidroponik dilakukan dengan menyemai dahulu benih di dalam bekas yang mengandungi media sebelum dipindahkan ke bekas penanaman untuk pembesaran. Media yang biasa digunakan adalah seperti span dan rockwool. Biji Benih ditenggelamkan sedikit didalam media benih lebih kurang 3- 4 mm. Tutup bekas dengan beg plastik hitam dan letakkan di tempat yang teduh atau gelap.

Untuk sayur-sayuran seperti sawi dan salad, biasanya dalam masa 1-2 hari, kulit biji benihnya mula pecah. Kemudian akar dan daun mula keluar dari biji.  Sekiranya biji benih telah tumbuh dan akar telah keluar, bolehlah segera masukkan anak benih ke tempat penanaman. Sekiranya benih terlewat untuk diletakkan di bawah cahaya matahari boleh menyebabkan kesan etiolation iaitu benih benih nipis dan kurus, batang meninggi, dan tidak kuat.

Pemindahan benih ke bekas penanaman hidroponik mesti dilakukan dengan cermat agar akar tumbuhan tidak rosak. Pemindahan benih harus dilakukan pada awal pagi atau sebelah petang, iaitu ketika cahaya matahari tidak lagi begitu terik. Selepas benih ditanam, siramlah air dengan kadar mencukupi.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Persediaan awal penanaman secara Hidroponik

Sebelum memulakan sesuatu projek pertanian menggunakan sistem hidroponik, persiapan perlu dibuat untuk beberapa perkara. Persiapan yang dimaksudkan termasuklah penyediaan kawasan yang akan digunakan untuk tanaman hidroponik serta penyediaan bekas tanaman dan media penanaman. Selepas ke semua perkara tersebut lengkap maka bolehlah kita pergi ke langkah berikutnya, iaitu penanaman.

Penyediaan kawasan untuk penanaman secara Hidroponik boleh dilakukan pada skala kecil/hobi (di kawasan sekitar rumah) dan skala komersil (skala besar). Bagi hidroponik berskala kecil, penyediaan kawasan adalah untuk menentukan kesesuaian aktiviti hidroponik yang kita akan jalankan. Tanaman Hidroponik boleh dilakukan tidak kira dimana samada di belakang rumah, di dapur, atau di halaman rumah. Selagi terdapat tempat yang sesuai, dan yang penting keperluan pertumbuhan tanaman seperti penerimaan cahaya matahari yang mencukupi. Sekiranya tanaman hidroponik dilakukan di dalam rumah atau bangunan tertutup, perkara yang perlu diberi perhatian ialah kecukupan cahaya kepada tumbuhan. Ini boleh dibuat dengan menggunakan lampu LED khas (grow light) untuk penanaman hidroponik

Bagi skala komersil, pemilihan kawasan bagi penanaman secara hidroponik mestilah diteliti terlebih dahulu supaya ia sesuai untuk segala kerja-kerja yang berkaitan misalnya jika anda ingin membina rumah pelindung hujan (SPH) dan sebagainya. Kos pembinaan rumah SPH sememangnya sedikit mahal namun tanaman akan lebih selamat dari ancaman penyakit dan perosak serta pertumbuhan yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, membuat rumah SPH bukanlah satu keperluan. Kita boleh memilih untuk membuat penanaman hidroponik secara terbuka atau tanpa rumah SPH. Apa yang harus dititikberatkan adalah risiko apabila membuat penanaman secara terbuka ialah lebih memerlukan perhatian yang lebih dari segi penjagaan terutamanya kawalan perosak dan penyakit. Selain itu, tanaman hidroponik terbuka juga perlu bersiap-sedia untuk menghadapi cuaca yang tidak menentu. Misalnya air hujan akan memasuki media pertumbuhan hidroponik dan menyebabkan kehilangan nutrien.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Sistem Hidroponik Terapung

Sistem Hidroponik Terapung atau Floating hydroponics System sama seperti sistem sumbu, merupakan satu sistem mudah dan murah untuk dihasilkan. Walaupun mudah dan murah, sistem terapung boleh juga digunakan untuk penanaman hidroponik secara komersil, bukan hanya sekadar untuk hobi. Ini kerana sistem ini boleh digunakan untuk menanam tanaman dalam kuantiti yang banyak. Teknik ini tidak memerlukan tenaga elektrik yang banyak iaitu sekadar hanya menghidupkan aerator, iaitu alat yang digunakan bagi menghasilkan gelembung udara di dalam air, seperti di dalam akuarium ikan.

Ada juga menggelarkan system ini sebagai Deep Water Culture (DWC). Sistem ini mirip dengan sistem sumbu (wick), iaitu tumbuhan berada dalam bekas yang dipenuhi dengan air nutrient dan akar secara langsung bersentuhan dengan larutan nutrien. Sistem ini menggunakan papan styrofoam untuk menyokong tumbuhan. Akar dapat menyerap nutrien secara terus dalam air nutrien pada bila-bila masa. Oleh kerana akar di dalam air, mereka memerlukan oksigen terlarut untuk bernafas. Oleh itu satu cara untuk membekalkan oksigen terlarut dalam air (pengudaraan) adalah dengan menggunakan aerator. Tumbuhan yang ditanam dengan sistem hidroponik terapung ini akan tumbuh lebih cepat berbanding sistem sumbu.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Kesesuaian Tanaman Hidroponik

Pada asasnya semua jenis tumbuhan boleh ditanam secara hidroponik, namun untuk tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tempoh matang yang lama atau selepas beberapa tahun; maka tanaman ini tidak efisien untuk digunakan dalam system hidroponik. Sebagai contoh, pokok manga, betik, jagung dan sebagainya menghasilkan buah antara 1-3 tahun. Penanaman hidroponik pada jenis tanaman ini akan menelan belanja yang banyak dan kurang menguntungkan. Tumbuhan yang mempunyai saiz yang besar, lebih sukar untuk menyediakan media penanaman yang dapat menyokong tanaman.

Penanaman hidroponik lebih sesuai untuk tumbuhan yang menghasilkan buah yang lebih cepat dan semestinya saiz pokok itu mampu disokong oleh media tanaman hidroponik. Tanaman yang dapat mengeluarkan dengan cepat tentunya lebih berkesan dalam penggunaan nutrien dan tidak membazirkan kos penyelenggaraan. Sehingga kini, banyak jenis Tanaman yang ditanam menggunakan sistem hidroponik. Jenis ini juga semakin pelbagai, termasuk tumbuh-tumbuhan hiasan, sayuran, dan buah-buahan.  Antara jenis sayur-sayuran yang telah menggunakan sistem hidroponik secara meluas termasuk cili, tomato, timun, salad, sayur jenis sawi, kailan, dan bayam.

Kandungan nutrien dalam air samada unsur makro dan mikro, mestilah lengkap bagi memastikan pertumbuhan yang baik pada tanaman. Keperluan nutrien ini perlu dilihat dari segi kandungannya bagi memudahkan kita mengawal ketetapan nutrien untuk setiap jenis tanaman yang ditanam menggunakan sistem hidroponik. Tanaman akan tumbuh dan berkembang dengan seragam dan ini akan menentukan masa yang tepat sesuatu tanaman dituai.

————————————————————- ————————————————————-

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Kecekapan Penggunaan Air Sistem Hidroponik

Dengan sistem hidroponik, penyelenggaraan tanaman adalah lebih mudah berbanding penanaman di atas tanah. Ini kerana penyelenggaraan boleh dilakukan secara automatik. Dalam sistem hidroponik, penggunaan pam air dengan pemasa (timer) digunakan untuk mengawal aliran nutrien. Dengan ini, anda dapat menjimatkan masa untuk menjaga dan menyelenggara tanam serta tidak memerlukan pekerja yang ramai sekiranya anda melakukannya dalam skala yg lebih besar.

Penyiraman memang merupakan perkara utama dalam hidroponik. Namun, penggunaan air dalam system hidroponik hanya 1/20 kaedah penanaman biasa. Ini menunjukkan sistem hidroponik lebih cekap dalam penggunaan air. Hidroponik menggunakan nutrien yang dicampur ke dalam air dan kemudian mengalir ke dalam tumbuhan. Tetapi keperluan air untuk penanaman hidroponik jauh lebih sedikit berbanding penanaman di atas tanah. Ini disebabkan aliran nutrient (baja) terus mengalir dan digunakan semula (kitaran tertutup). Air dan nutrien tidak akan terbuang dan digunakan semula. Tidak seperti sistem penanaman konvensional, jika kita menanam sesuatu tanaman, air yang berlebihan akan diserap ke dalam tanah sepenuhnya.

———————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

Tanaman Hidroponik di Malaysia

Kemajuan teknologi hari ini memainkan peranan dalam pembangunan sistem hidroponik yang semakin canggih yang mana dapat dikawal secara automatik. Di luar negara, sistem hidroponik pada skala komersil yang besar adalah merupakan salah satu sistem pertanian moden yang menggunakan rumah hijau (sph) yang sepenuhnya beroperasi secara automatik. Hidroponik dipercayai menjadi pilihan pertanian pada masa sekarana kerana kelebihannya yang tersendiri.
Di Malaysia, tidak pasti bilakah kaedah hidroponik diperkenalkan. Namun, dipercayai sistem hidroponik di Malaysia diperkenalkan lewat tahun 1980-an. Di Indonesia Hidroponik dikatakan telah diperkenalkan oleh Bob Sadino kerana merupakan orang pertama yang memperkenalkan kaedah penanaman hidroponik dalam masyarakat Indonesia. Tanaman Bayam merupakan tanaman yang popular pada masa itu. Harga bayam dikatakan 10 kali lebih tinggi dari sayur yang lain.
Pada asalnya, teknik hidroponik lebih disukai di kalangan peminat tumbuhan. Mereka menggunakan teknik penanaman secara hidroponik untuk tujuan hobi sahaja. Kini, teknik hidroponik mula dilihat oleh masyarakat untuk pembangunan secara komersil. Hidroponik sebenarnya merupakan salah satu aktiviti pertanian yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi khususnya tanaman sayuran berdaun.

——————————————————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook