Kelebihan Tanaman Hidroponik

Seperti diketahui, Hidroponik adalah kaedah bagaimana tanaman tumbuh dengan menggunakan media penanaman selain daripada tanah. Media yang dimaksudkan samada dalam bentuk air sahaja, atau juga boleh menggunakan media seperti kerikil, cocopeat, span, pasir, habuk kayu, rock wool, perlit dan sebagainya. Jika anda menggunakan air sahaja, hidroponik dilakukan dengan mencampurkan nutrien yang diperlukan oleh tanaman di dalam air. Kemudian tumbuhan diletakkan secara tergantung di atasnya. Sekiranya menggunakan media lengai, tanaman ditanam atau dimasukkan dalam media dan kemudian air yang telah dicampur dengan nutrient disiram secara berkala.

sayur hidroponik lettuce

Terdapat banyak kelebihan mengapa tanaman secara hidroponik lebih baik daripada menanam kaedah tradisional yang menggunakan tanah sebagai medium. Seperti yang kita tahu, pertanian di atas tanah bergantung kepada banyak faktor. Contohnya jenis tanah. Terdapat tanah yang subur dan ada juga yang kurang subur. Tanah subur mengandungi nutrien baik untuk tumbuh-tumbuhan, tetapi terdapat juga jenis tanah yang kurang sesuai untuk pertumbuhan tanaman. Dengan hidroponik, kekangan terhadap kesesuaian tanah tidak akan dihadapi. Hidroponik tidak mementingkan pada tanah kerana asas utamanya adalah pada memenuhi keperluan nutrien tumbuhan.

Pertumbuhan tanaman secara hidroponik memudahkan kita mengawal nutrien yang diperlukan tumbuhan. Kita boleh mengukur dan menilai sama ada pemakanan adalah mencukupi atau tidak. Jika di tanam menggunakan tanah, kekurangan atau kehilangan nutrien tidak dapat dikesan. Selain itu, kaedah hidroponik tidak memerlukan kawasan tanah yang besar. Kita dapat menghasilkan lebih banyak tanam menggunakan ruang yang terhad atau sempit. Penanaman secara menegak (vertical) boleh dilakukan di satu-satu tempat bagi meningkatkan jumlah tanaman.

————————————————————————————————————————-

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik


Sejarah Kaedah Tanaman Hidroponik

Serba sedikit mengenai sejarah hidroponik, penemuan kaedah tanaman hidroponik dikatakan bermula sekitar tahun 1600-an. Dipercayai di Negara Mesir, India, dan China, manusia purba atau masyarakat dahulu dikatakan menggunakan baja organik untuk menanam tembikai, timun, dan sayur-sayuran lain di kawasan berpasir di tebing sungai. Secara kebetulan merupakan satu konsep kaedah hidroponik yang menggunakan media pasir dan air tanpa tanah.

Pengembangan kaedah hidroponik telah terbukti dari pelbagai kajian saintifik mengenai kandungan bahan atau kimia dalam tumbuhan. Terdapat beberapa penyelidik yang terkenal bermula dari Jan van Helmont (1600-Belgium) yang menyatakan bahawa tumbuhan mendapat sesuatu nutrien dari air.

Pada tahun 1804, De Saussure menyatakan bahawa tumbuh-tumbuhan terdiri daripada unsur kimia yang diperolehi dari air, tanah dan udara. Kesimpulannya ialah air sangat penting untuk pertumbuhan tanaman. Selepas itu pada 1860-1861, kedua orang Jerman, Sach dan Knop, akhirnya berjaya menanam tanaman yang mengandungi air mineral (nutrient), tanpa menggunakan media.

Kaedah ini merupakan permulaan teknik hidroponik yang dibangunkan sehingga kini. Sachs dan Knop juga berjaya mengenal pasti unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan, baik dalam jumlah besar (nutrien makro) dan sedikit (nutrien mikro). Beberapa formula nutrien tumbuhan telah ditemui oleh pakar, seperti Tollens (1882), Tottingham (1914), Shieve (1915), Hoagland (1920), Arnon (1938), dan Robbins (1946). Sehingga kini rumusan nutrien untuk tanaman masih digunakan lagi.

——————————————————————————————————————–

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik


×

Like us on Facebook