Sistem Pasang Surut Tanaman Hidroponik

Sistem Pasang Surut (Ebb and Flow / Flood and Drain) adalah sistem hidroponik yang menggunakan prinsip pasang surut dalam teknik penyiramannya. Cara kerja sistem ini adalah dengan membanjiri tanaman dengan larutan nutrien pada satu-satu masa (fasa pasang) dan kemudian membuang larutan nutrien (fasa surut). Larutan nutrien dari takungan akan dipam ke tempat penanaman dan kemudian kembali ke takungan. Ini bermaksud air dan nutrisi diberikan pada tanaman secara berulang dan berlaku kitaran secara berkala iaitu tidak berjalan secara bersambungan seperti sistem NFT.

Sistem ini jarang digunakan sama sekali kerana petani atau usahawan lebih suka kepada Hidroponik NFT atau sistem terapung. Sistem ini juga tidak bergantung pada eletrik sepenuhnya. Sistem pasang surut terdiri daripada dua bahagian utama. Bahagian pertama adalah takungan di mana tempat larutan nutrien dan bahagian kedua adalah tempat penanaman yang mengandungi media penanaman.

Pam digunakan dalam sistem ini dan dikawal oleh pemasa (timer) untuk menetapkan waktu berfungsi dan jangkasamasa berfungsi. Apabila pemasa memulakan pam, air dipam dari takungan ke tempat di mana tumbuhan ditanam. Bahagian ini adalah fasa pasang surut, biasanya berjalan selama 5-10 minit. Dalam sistem pasang surut tidak perlu pengudaraan tambahan dalam takungan nutrien. Kerana akar tumbuhan telah menerima oksigen melalui rongga dalam media penanaman. Apabila air mengisi medium penanaman, udara menyerap dan haba di rongga media penanaman secara automatik ditolak oleh air.

Media penanaman yang digunakan dalam sistem ini perlulah dari media yang dapat memegang air dengan baik seperti vermikulite dan rock wool.

———————————————————————————

Jom sertai Grup Telegram untuk dapatkan informasi terkini tentang Hidroponik dan download 2 Ebook percuma >> https://t.me/tanamanhidroponik

×

Like us on Facebook